Saturday, May 28, 2011

Potrait | Farah Hisham

Currently: countdown for balik kampung :D

Talent : Farah Hisham
Place : cutest room
Using : Nikon D90 with 18-105mm
Outing : My personal




farah


dunia tak semua indah belaka, ada kala hidup berada dibawah adakalanya berada di puncak.. tak semua hidup kita sentiasa teratur, adakala kusut dan serabut. tak semua dalam hidup kita akan capai apa yang inginkan kerana sesuatu yang kita sangat inginkan itu adakalanya disimpan untuk sementara kerana akan tiba masa yang lebih sesuai untuk dianugerahkan kepada kita. pada saat itu, baru kita hargai apa yang kita telah kecapi di dunia ini... :)

Friday, May 27, 2011

Forgive doesn't mean forget..

Currently: waiting for lunch :)

Talent : -
Place : Jitra,Kedah
Using : Canon 500D with SIGMA 18-200mm
Outing : My personal






BOMBA

ditatang seperti minyak yang penuh. menanti setiap gelak dan tawamu.dibelai dan dimanja. dijaga dan di didik. semakin membesar dirimu, semakin jauh dengan diriku. diri yang tidak berdaya lagi seperti dulu untuk menemani mu setiap langkahmu. diri dibiarkan tanpa mu yang menjadi kekuatanku.tiada mampu kudrat digunakan untuk berjasa, dibiarkan meniti hari untuk rebah kebumi. hujan,panas ribut dan petir menjadi teman setia menemani hari hari dengan kosongnya. dibiarkan tanpa dijaga. jasa yang ditaburkan tidak dihargai. bukan wang ringgit yang dipinta hanya secebis kasih dan sayang sebagai peneman untuk meninggalkan dirimu selamanya...

Thursday, May 26, 2011

silam

Currently: in idea..

Talent   : a lovely woman
Place   : Kg. Changkat Lada, mata ayer,perlis
Using   : Canon 500D with SIGMA 18-200mm
Outing  : My personal





Mama kg


Di sinilah taman permainan dikala masih kecil bertemankan unggas yang berterbangan di langit nan membiru. lambaian pokok yang merimbun menghiburkan hati yang sepi. Disinilah  mengenal erti hidup. Keringat tulang yang dingin menyiram air telaga ketika fajar tidak lagi menjelmakan dirinya demi mencari erti hidup yang sebenar..Hidup separuh abad kini jalani.,meninggalkan seribu kenangan di sini dan kini menghabiskan hidup hanya detik-detik manis bersama insan tersayang..